Thursday, October 15, 2009

Subhanallah, Alhamdulillah AllahuAkbarr!!!

Berita paling ngeri dan paling menyayat hati rasanya tahun 2009 ini berlaku pada jam 2.30 pagi 14 oct 2009 (Selasa). Kejadian berlaku di hadapan Hotel River View, Kota Bharu.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt di atas perlindungan mu buat semua isi keluarga Ahmad dan Zabidah ya Allah. Tanpamu, kemungkinan kami telah kehilangan 3 dari 12 adik beradik kami yang dikasihi iaitu Mohd Norkhomaini, Mohd Ayub dan Mohd Irwan.

Semuanya berpunca dari sifat seorang abang (Khomaini dan Ayub) dan adik (Irwan) yang ada rasa tanggungjawab untuk membawa balik adik@abang iaitu Fadhil NorHadi kembali ke sisi keluarga. Perasaan sayang dan takut Fadhil akan hanyut di bawa arus yang jahat maka mereka bertiga tidak pernah kenal putus asa, setiap malam meronda-ronda setiap lorong dan jalan di Kota Bharu mencari si abang@adik ini.

Sehinggalah semalam 14 oct 2009, bertemulah mereka dengan Fadhil bersama teman perempuannya bernama Mira. Berlaku sedikit kekecohan. Namun Fadhil berjaya melepaskan diri. Jadi keputusan diambil untuk tunggu Fadhil di kereta yang di sewanya. Di dalam kereta tersebut pula mereka terjumpa resit check-in hotel, jadi mereka bekejar ke sana mencari Fadhil tetapi gagal.

Mira yang ditinggalkan Fadhil, naik ke bilik sewanya. Sementara Khomaini, Ayub, Iwe, Mahani, Adnan dan sepupu Mahani tunggu di kereta yang disewa Fadhil dan Mira tersebut. Mereka mengagak Fadhil akan kembali ke situ juga utk ambil balik kereta tersebut.

Tunggu punya tunggu tiba-tiba 2 buah kereta V6 berwarna hitam dan silver tiba2 muncul dengan laju dan berhenti di kawasan tersebut dan terus meluru ke arah mereka. Ada 8 orang di mana 2 perempuan dan 6 lelaki. 3 daripada lelaki tersebut bersenjatakan pedang dan parang manakala 3 lagi berpistol.

Tanpa budi bicara terus memukul dan menumbuk mereka, walaupun mereka cuba memberitahu bahawa mereka hanya bertujuan membawa balik adik mereka Fadhil.

3 das tembakan di lepaskan, 2 dilepaskan kepada Ayub manakala 1 das lagi betul2 di atas kepala Irwan setelah hentakan pistol ke kepalanya telah menyebabkan pistol tersebut meletup sendiri. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui bahawa betapa hati, jiwa dan perasaan ahli keluarga yang langsung tidak bersalah ini.

Khomaini berlari ke arah kereta sambil di belasah oleh 3 orang bersenjatakan pedang dan parang manakala Ayub yang telah jatuh tergolek ke tanah setelah 1 das tembakan dilepaskan ke arahnya. Khomaini sempat melihat salah seorang melepaskan sekali lagi 1 das tembakan ke arah ayub yang tergolek di atas tanah. Hati abang mana yang tahan melihat adiknya dalam keadaan tersebut. "Mati doh la ayub".. dalam hati kecil khomaini. Paling sedih isteri ayub, Mahani yang ada dalam kereta yang melihat kejadian dari awal hingga akhirnya hanya mampu menjerit "abang aku tu..abang aku tu...."....

Manakala Irwan tatkala melihat kedua abangnya dipukul bekejar ke arah ayub dan khomaini, tiba2 salah seorang penjahat mengeluarkan pistol dan diacunya ke arah Irwan. Melihat mereka berpistol Irwan cuba lari, tetapi tiba2 kepala dihentak kuat dan terdengar 1 das tembakan terlepas betul2 tersasar jauh sedikit dari atas kepalanya. Subhanallah maha suci Allah yang maha berkuasa.

Irwan kemudian sempat melarikan diri, manakala Khomaini sempat masuk ke kereta dan terus menghidupkan enjin keretanya. Dia masih berharap Ayub masih hidup. Dari jauh dia nampak ayub masih boleh bangun, lalu dia terus meluru kereta ke arah ayub dan minta dia masuk cepat ke dalam kereta.

Akhirnya berlaku episod kejar-mengejar antara kereta khomaini wira dengan 2 buah V6 tadi. Betul-betul macam dalam cerita filem. Mereka yang dalam ketakutan dan hanya berharap pertolongan dan bantuan Allah, berjaya melepaskan diri apabila mereka berjaya sampai ke balai polis Kota Bharu.





























(Kepala Irwan yang luka kesan hentakan pistol di kapalanya)











































(Keadaan kereta khomaini yang remuk dalam sesi kejar- mengejar)

Ya Allah... inilah ujian paling getir dan paling hebat yang Kau berikan ya Allah.

Bayangkan jika Ayub, Khomaini dan Irwan terkorban malam tu, Khomaini meninggalkan anak dan isteri yang sedang berbadan dua, Ayub pula yang baru berkahwin dan kini isterinya juga berbadan dua dan Irwan yang tahun depan akan sambung belajar.. hati ibu dan ayah mana yang tidak sedih... Hanya sujud syukur padaMu ya Allah...

Ini bukan cerita rekaan dan ini adalah cerita benar berlaku. Apa dah jadi dengan masyarakat kita hari ini. Senjata api ini sudah semacam barang mainan yang boleh dibeli di mana2 kedai runcit saja. Mana penguatkuasaan, mana keadilan!

Nak dipanjangkan cerita, semasa sesi soal siasat di balai polis Kota Bharu, pegawai polis seolah tidak percaya, khomaini, ayub dan Irwan tidak mengenali seorangpun dari 8 orang penjahat yang menyerang mereka. Polis mengesyaki mereka juga terlibat dalam geng jual beli dadah di sekitar Kota Bharu. Kalau tak masakan penjahat bersenjata api boleh serang mereka tanpa sebab. Mereka bertegas tidak kenal mereka dan kalau tak percaya boleh buat urine test. Semuanya berpunca dari perempuan bernama Mira @ dikenali sebagai Mira "Machaa".

Tiba-tiba Mira masuk ke balai dengan tujuan membuat laporan polis. Terus khomaini memberitahu polis "jika Tuan nak tahu boleh tanya perempuan tu.. dia tahu siapa mereka" sambil tunjuk ke arah Mira. Mira datang dengan membuat laporan bahawa Khomaini, Ayub dan Irwan datang pecah masuk ke biliknya. Sedangkan langsung mereka tidak masuk ke biliknya. Siap dia sepah dan selerakkan pakain dalam almari di biliknya (Polis buat pemeriksaan). Bijak dan berani betul perempuan tu. Macam dah biasa buat kerja-kerja jenayah. Keluar masuk lokap ni dah macam keluar masuk rumah je.

Inilah wajah dan rupa sebenar Mira yang digilai Fadhil, lupa ayah lupa mak lupa adik beradik. Mira juga pernah mengatakan pada keluarga yang hanya dia mampu memberikan kesenangan buat Fadhil... kesenangan dengan menjual dadah.. Perempuan macam ini yang ingin menjadi salah seorang ahli keluarga kami..

Ayah dengan Mak tak pernah menghalang niat untuk berkahwin anak-anaknya dengan pilihan masing-masing. Tapi biarlah yang wajar. Jika jahil sekalipun janganlah sampai langsung tak ada agama. Dan yang langsung tak boleh terima agama. Dan tak boleh diajar.

Ya Allah.. sekali lagi kami memohon petunjuk dan hidayahmu ya Allah. Lindungilah keluarga kami ya Allah. Bagilah pengajaran dan petunjuk kepada adik kami Fadhil untuk kembali ke jalan Mu ya Allah.

Kami tidak mahu melihat ada nanti salah seorang ahli keluarga yang tersesat jauh.. hidup hilang arah dan sudah jadi macam sampah di tepi jalan... Ya Allah jauhilah kami dari perkara-perkara tersebut ya Allah. Nauzubillahiminzalikh...

Bagilah kami kekuatan dan bagilah kami semangat untuk membawa pulang adik kami ini ke jalan benar, jalan yang Kau redhai ya Allah. Ameen

Kami sesisi keluarga berharap dan berdoa pihak polis berjaya menangkap penjenayah-penjenayah tersebut dan bersikap jujur dan telus agar penjenayah ini tidak terlepas lagi dan diberikan hukuman setimpal.

InsyaAllah malam ini atau malam esok akan diadakan majlis kesyukuran dan sembahyang hajat untuk semua ahli keluarga.

Ayat suci Al Quran ini sebagai pelindung kami ya Allah:-




No comments:

Post a Comment