Thursday, April 15, 2010

Lama benar tak update..

Hari ni 15 April 2010, semuanya aktiviti harian berjalan seperti biasa. Cumanya menjelang tengahari mok ma menelifon Tok Mok ajak bercuti di Pantai. Jadi jam 4 petang tadi Mok Ma datang menjemput Tok Mok bersama kanak-kanak riang.

30 minit lepas Tok Mok berlepas, Pok Din Golok datang bawak racun serangga yang dipesan Tok Ayoh. Haiya tarak boleh hubungi tok ayoh laa pulak..kesian pokdin.

Jam 5 petang ni pulak bad news dari Mok Da, sang kancilnya dah kene masuk wad, icu lagi tu. Kene overhall kancil RM800. Poning kepalo.

Esok InsyaAllah khomaini nak buat majlis kenduri kesyukuran dan cukur jambul anak perempuannya yang baru lahir, Zara Khadeeja. Ayub pun nak buat majlis sama untuk anaknya Nur Siti Mariam Khalisa pada 1 Mei ni .. sembelih kambing!

So sekarang yang tinggal di TKL, Mak Long Miey, Pak Long Jamal, Tok Ayoh, Pakdo, Pokwe dan PokPih.

So nanti bersambung.

Sunday, February 7, 2010

Udang Galah Masak Kari..perghhh

Sodap betul makan tengahari. Dah sekian lama tak merasa udang galah fresh dari sungai kelantan. Teringat zaman dolu2..hehehe pegi memancing dgn arwah MakTokBok dengan arwah Mok Kelate bersama Tok Ayah dan Tok Mok.

Sesekali pegi memancing boleh menenangkan fikiran.

Nah! Bawah ni gambar Tok Mok masak kari udang galah. Siapa yang tak dapat merasa minta maap jer la ye.


Nanti bersambung.

Saturday, February 6, 2010

Aktiviti belakang rumah...

Hari ni dengan penuh semangat meneruskan kerja-kerja belakang rumah yang agak lewat dimulakan. Banyak kerja-kerja pembersihan kawasan yang perlu dilakukan.

Selain itu perlu sediakan tapak bumi hijau bagi tanaman peria untuk jabatan pertanian melakukan kajian dan lawatan kelak.

MakLong Miey pulak agak sibuk menguruskan akaun syarikat dan kerja2 administrasi.





Friday, February 5, 2010

Pakdo, Pokwe, Pakcik Meni sekarang jadi hantu mancing Udang Galah!

Tengoklah gambar di bawah ni kalau tak percaya...


Nampaknya esok ada lauk best untuk di masak. Pasti ramai yang terliur ni kang... hehehe.

Projek-projek Tahun 2010

Assalamualaikum wr wbt, dan
Salam ceria buat semua ahli dan kroni Ahmad dan Zabidah,

Januari telah berlalu dengan pantas sekali. Bulan perancangan yang penuh jadual dan aktiviti. Alhamdulillah permulaan tahun baru 2010 yang baik. PakLong Jamal telah berjaya mendapat peruntukan daripada Jabatan Pertanian Machang untuk menjalankan projek pertaniannya sebanyak RM125,000.

Berikut gambar pegawai-pegawai pertanian Kota Bharu yang datang melawat kawasan semalam:


Selain itu ada beberapa lagi projek pertanian yang sedang dalam rangka dan perancangan. Target dan matlamat tahun ini nampaknya jelas dan positif.

Projek 2010: Target membangun tanah pertanian seluas 50 ekar.
  1. Projek Tanaman Tembikai Tanpa Biji P Mas 20 Ekar
  2. Projek Tanaman Tembikai Tanpa Biji Bukit 10 Ekar
  3. Projek Tanaman Peria P Mas 6 Ekar
  4. Projek Tanaman Cili Solok 2.5 Ekar Tok Bok dan 3 Ekar Labok
  5. Projek Tanaman Tembikai Tanpa Biji JV 10 Ekar
  6. Projek Fertigasi 5000 Polibeg
Selain itu lawatan dan kursus ke UMT pada 2 dan 3 Feb 2010 untuk pembenihan ikan kelah juga telah menampakkan satu lagi peluang cerah untuk IkanKelah.com dikembangkan menjadi Pusat Pembenihan dan Pembekal Ikan Kelah di Semenanjung Malaysia dengan bantuan dan kepakaran Prof. Dr. Abol Munafi Ambok Bolong.

Berikut gambar-gambar sepanjang lawatan sambil belajar tempoh hari:

Semoga tahun ini seluruh isi keluarga memperoleh kejayaan dalam apa jua bentuk usaha dan kerjaya, InsyaAllah.

Sehingga bersambung lagi.

Monday, February 1, 2010

1 Feb 2010 Lawatan Lojing bersama JP Machang

Berikut antara rakaman gambar yang sempat diambil:


Sehingga bersambung.

Monday, January 25, 2010

Faqiha Zahra dah boleh jalan...

Alhamdulillah akhirnya aku dapat kaki...
masuk 10 bulan nampaknya baru boleh jalan.

Wednesday, January 20, 2010

Tahun Rezeki 2010

Alhamdulillah ahli keluarga bakal bertambah lagi tahun ini iaitu:
  1. Khomaini dan Aya - Awal Mac 2010
  2. Ayub dan Ani - Awal April 2010
  3. Sili dan Ain - 17 April 2010
  4. Jamal dan Miey - 20 April 2010
  5. Atiff dan Ema - 14 July 2010
Kita tunggu siapa dulu yang keluar... jeng-jeng..

Monday, January 11, 2010

Selamat sambung belajar Pokwe..

Hari ni pepagi pokwe bangun dengan penuh semangat nak masuk belajar di Politeknik Kota Bharu. Tapi punyalah susah nak dapatkan tanda tangan Tok Ayoh. Anak paling takut dgn tok ayoh dan paling bermasalah dgn Tok Ayoh adalah Pokwe.

Suara pasti tak kuar kalau nak minta tolong Tok Ayoh.

Nasib jugak mok ma dan cik atif siap bermalam di rumah tok mok untuk hantar Pokwe pepagi. Ingat nak gi segerombolan. Sewa bas gitu. Maklumlah jauh bebenar.

Apapun buat pokwe selamat belajar. Belajar rajin2. Jangan dok main dan mengayat minah poli jer lak kang. Buang karan jaaa.

Ok selamat.

Friday, January 8, 2010

Mokda, Paiz, Pakda dan PakLong Jamal bertolak ke KL..

Semalam Mokda, Paiz, Pakda dan PakLong Jamal telah bertolak ke KL.

Mokda dgn Paiz dah mula sambung belajar semester baru.

Paklong Jamal sibuk mesyuarat.

Pakda lak makan angin.

Lagi beberapa hari Pokwe pulak yang akan mulakan pengajian.

Nampaknya dah makin berkuranglah ahli rumah. Tahun ni tahun paling sibuk rasanya.

Bersambung.

Thursday, January 7, 2010

Selamat Hari Lahir Ke ... Pakcik Atiff

Hari ni 7 Jan 2010.. sorang lagi ahli majlis sambut hari jadi iaitu Pakcik Atiff. Tapi kasian... dia lak ke KL dari 6-7 haribulan. So mokma tunggu sambutnya besok la eekk..

Anyway Pakcik Atiff semua ahli keluarga Labok mengucapkan Selamat Hari jadi, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Bila nak belanja kami satay ni?

Tuesday, January 5, 2010

Selamat Hari Jadi Pakcik Meni

5 Jan 2010.. genaplah umur yang ke dot dot..

Semua ahli keluarga mengucapkan selamat hari jadi Pakcik Meni. Panjang umur dan dimurah rezeki cepat kaya raya tahun 2010 ni, InsyaAllah.

Semalam 4 Jan 2010 hampir semua kroni berehat dan makan angin di Pantai Malawi - bercuti sambil bakar ayam tepi pantai. Pakdo, Pokwe, Pakcik Atif dan Pakcik Meni sibuk memancing ikan. Dapatlah dekat 10 ekor ikan. Best jugak!

Siapa2 yang termiss sorry aaa..

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Alhamdulillah syukur ke hadarat Allah, sempena tahun baru 2010 kami sekeluarga buat sedikit amuan kesyukuran, makan ikan kelah besar gitu. Kak miey dengan abang jamal lak kebetulan sambut hari ulangtahun perkahwinan mereka. So makan besar lah kami malam tahun baru. Maklum sajalah ikan kelah yang dikorbankan malam tu harganya RM2500 seekor.

Semua ahli majlis syura dijemput hadir kecuali yang berada di luar kelantan, heehee jangan marah yer.

Berikut koleksi gambar yang sempat di rakam: