Tuesday, December 22, 2009

Selamat Pengantin Baru..

Selamat pengantin baru buat Pakcik Pokya dengan Aunty Farah yang telah berlangsung di Alor Setar, Kedah pada tanggal 18 dan 19 December 2009 yang lalu. Semoga berbahagia sehingga akhirat, InsyaAllah.


Bersambung.

Monday, December 21, 2009

Selamat Hari Jadi Pok Pih

Rasanya ni ucapan hari jadi yang ke 4 untuk bulan 12 sahaja.

Hahaha.. amcam nak kek 2 tingkat ka?

Ok apapun Selamat Hari Jadi yang ke dot dot dot.. kira sendiri.

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Jadilah studen yang baik dan pelajar yang cemerlang tahun depan. InsyaAllah.

Wokehhh!!!

Sunday, December 13, 2009

Selamat Hari Jadi Pakcik Ayub...

Ramai pulak sambut hari jadi bulan 12 ni...

Hari tu Pakcik Simi dan Pakcik Sili, sekarang Pakcik Ayub pulak.

Selamat Hari Lahir yang ke 26 tahun. Semua keluarga labok ucapkan Selamat Hari Lahir - Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Selamat!!!

Friday, December 11, 2009

Hari ni mak sambung pegi menjemput kenduri 26 disember ni..

Hari ni Jumaat. Semua pekerja cuti.

Mak ngan ayah sambung pegi menjemput jiran dan sanak sedara untuk datang majlis kenduri Pokya yang akan berlangsung 26 Disember nanti.

Paklog Jamal dangan Pakcik Meni pulak ke Kolam Ikan kelah untuk tempahan kelah baru, InsyaAllah.

Abe Mi Kak Mah pulak datang menjemput utk majlis cukur jambul anak baru dia. Alahai dah tak ada sapa-sapa kat rumah.

Bersambung.

Tuesday, December 8, 2009

Selamat Hari Lahir yang ke 32 Pakcik Simi Dan Pakcik Sili

Hahaha.. semakin hari usia semakin meningkat dan mustahil la pulak makin berkurang ekk? Dah 32 tahun dah yer. Tak lama lagi dapat menantu la pulak.

Apapun semua ahli keluarga di lot kg tualang kudong labok machang kelantan ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Tahun yang berlalu biarkan berlalu dan menjadi pengalaman dan guru terbaik untuk mematangkan kita dan memberi kita iktibar dalam menempuh jalan hidup yang akan datang.

Takbir!!! Allahu Akhbar!!!

Monday, December 7, 2009

Upgrade Rumah

Alhamdulillah sejak hujan berhenti 2-3 hari ni. Perjalanan projek ubahsuai dan naik taraf rumah Tok Ayoh diteruskan lagi oleh Team anak kampung Labok.

Berikut antara gambar yang sempat dirakam:

Tahun 2010 Tahun Rezeki Melimpah Ruah...

Alhamdulillah... Berita gempar! Berita Gempar! Berita Gempar!

Mokma hamil lagi anak ke 2. Maka tahun depan Tok mok dgn Tok Ayoh akan tambah seorang lagi cucu baru.

Terkini yang sedang hamil:
  1. Aunty Aya
  2. Aunty Ani
  3. Aunty Ain
  4. Maklong Miey
  5. Mok Ma
Cepat-cepat peluang tambah lagi rezeki tahun 2010 masih terbuka. Silap hari bulan boleh tambah lagi 2 orang. Amacam? So nanti anak-anak akan kuar ambil periksa beramai-ramai.

Bersambung.

Saturday, December 5, 2009

Berfikir sejenak...

Bagaimana individu membentuk sikap atau perangai.

Sikap yang terbentuk dalam setiap individu adalah hasil daripada ilmu atau intelektualnya. Paling ramai orang awam tidak ada adalah sikap prihatin @ peka terhadap sesuatu perkara atau peristiwa atau persekitaran. Mengambil hikmah dan ikhtibarnya.

Intelektual itu besar maknanya dan bukan hanya kerana seseorang itu belajar di universiti atau kolej. Sarjana atau PHD.

Apatah lagi jika kita lihat bukan lagi segelintir malah lebih ramai sekarang ini manusia mengambil sikap individualistik @ berkepetingan diri sendiri.

Ramai yang mempermainkan agama. Sekejap bertudung dan sekejap tidak bertudung. Ayat Al-Quran yang mengharamkan wanita mendedahkan aurat seolah-olah bukan datangnya dari Maha Pencipta.

Malah ada yang langsung tidak tahu adab dan tatacara sebagai Muslim atau Muslimah yang betul. Malunya kita sebagai orang ISLAM.

Dunia ni seolah-olah bukan pinjaman sementara Allah kepada hambanya.

Mari berfikir sejenak. Apa yang dicari di dunia ni sebenarnya. Kalau harta.. . Harta yang macam mana? yang Halal atau yang haram? Kalau isteri atau pasangan.. isteri yang macam mana? cantik ? cantik semata-mata? baik? baik yang macam mana?

Berfikirlah sebagai hambaNya sesaat - agar kita diberi kesedaran dan tidak tersalah dalam memilih jalan hidup yang diredhai Allah.

Harap jangan ada antara ahli keluarga dan bakal ahli keluarga ahmad dan zabidah yang tergolong dalam golongan manusia yang hipokrit dengan Allah.

Ingatlah dan percayalah yang Syurga itu ada dan Neraka itu pasti bagi mereka yang INGKAR.

Jadilah kita ahli keluarga yang ISLAMIC. Jadilah manusia yang SOLEH dan SOLEHAH. Pilihlah jalan yang BENAR kerana ISLAM itu adalah yang TERBAIK.

Episod yang berulang-ulang..

Selepas satu episod tambah satu episod lagi...

Lepas anak wak harun, ada lagi satu episod lari dari rumah ikut teman lelaki. Aduhai..anak2 alaf baru..apa nak jadi. Kali ni anak Pakcu Husin kedai labok pulak. Baru tingkatan 1. Menangis mak bapa merayu minta tolong carikan anaknya yang hilang.

Kalau ikut Aunty Aya - agaknya ni musim "mengawan".

Ayah dengan Pakdo akhirnya berjaya menjadi polis persendirian, dapat bawa balik budak tu dgn selamat.

Jadi penuh la lagi rumah dengan tetamu. Lepas satu keluarga lagi satu keluarga. Tak putus2. Semoga Allah melindungi keluarga kami..ya Allah hanya PadaMu kami meminta pertolongan.

Bersambung.

Tuesday, December 1, 2009

Hujan turun untuk pusingan 3 nampaknya...

Nampaknya hujan turun dengan lebat sejak semalam. Harapnya pokok timun dan petola tetap subur walaupun ujiannya hujan tak henti-henti.

Alhamdulillah pagi tadi Khomaini ke Terengganu menghantar pesanan seterusnya ikan kelah... moga rezeki ini diberkati ya Allah. Ameen.

Malam ni pulak ada tragedi yang tak elok berlaku. Anak wak harun lari dari rumah. Lari ikut lelaki. Aduhaiii anak-anak muda zaman sekarang. Baru usia 14 tahun, belajar pun belum habis. Kesian betul wak harun dengan wak munah. Ujian mendidik anak-anak alaf baru ni sangat besar. Apatah lagi kalau ibu dan bapa langsung tak tahu apa-apa hal dunia zaman sekarang.

Nasib baik Pakdo Fadhil dengan Pokwe dapat tangkap bawak balik. Kalau tak budak ni terus hilang tanpa jejak macam yang dok keluar dalam surat khabar la.. Nauzubillah.

Tok Ayoh dengan Tok mok bawak balik rumah untuk sesi rawatan dalaman. Mohon Allah lembutkan hati dan bukakan mata fikiran agar tidak terbawa-bawa ikutan nafsu syaitan yang menghasutnya.

Bersambung.