Saturday, October 10, 2009

Al Kisah Sebelum dan Selapas Raya..

Assalamualaikum wr wbt, dan
Salam penuh barokah buat semua isi keluarga Ahmad dan Zabidah...

Semoga Allah melindungi dan memberikan kita sekeluarga petunjuk dan jalan yang lurus sepanjang hidup di dunia ini menjadi cucu, anak, ibu, bapa, atuk dan nenek yang soleh dan solehah InsyaAllah.

Sesungguhnya sebelum raya aktiviti sentiasa sibuk, urusan sembelih lembu, urusan memetik dan mejual tembikai serta urusan memetik dan menjual timun batang. 3 projek serentak. Manakala orang kuatnya, Pakda Hadi, Pokwe, Pokpih, Pakcik Meini, Pakcik Ayub, Paklong Jamal, Pakcik Mae dan Tok Ayoh dengan dibantu 2 orang bangla iaitu Robel dan Mustafa.

Tok Mok dan Maklong Miey melakukan kerja2 rencam seperti biasa. Dari dalam rumah sehinggalah ke kebun.

Sebulan berpuasa, sempat juga sanak sedara berkumpul berbuka bersama. Berikut antara gambar kenangan puasa 2009.

























































Akhirnya tiba hari raya, kami semua beraya satu hari. Esoknya sudah menyambung kembali kerja2 seperti biasa. Itulah rutin keluarga sejak sekian lama. Terkadang rasa tak sempat nak beraya pun bersama anak2 dan sedara mara.

3 hari lepas raya bermula episod cerita sedih, bermula dengan kehilangan pakda hadi, katanya lari bersama teman wanita membawa diri entah ke mana. Akhirnya itulah pilihan dibuat dengan memilih seorang wanita dan meninggalkan ibu dan ayah yang masih berharap anak yang tersayang kembali ke jalan yang benar dan diberikan petunjuk oleh Allah. Sedih dan kecewa hati emak dan ayah tak terkira. Remuk hati ibu yang mengandung 9 bulan. Hancur hati ayah yang menaruh 1000 harapan. Akhirnya ibu dan ayah berserah kepada Qada' dan Qadar Allah kerana itulah pilihan dan jalan yang dipilih.

Hari ke 8 raya pula, ibu tersayang abang jamal telah kembali bertemu Allah pada jam 2.30 petang. Semua keluarga sedih dan sayu. Terus bersiap ke Serting hilir tujuh walaupun harapan untuk bertemu jasad yang terbujur kaku belum tentu dapat. Namun sebab2 teknikal, arwah nenek akhirnya dikebumikan keesokan hari pada 29 september 2009. Jadi anak cucu sempatlah menatap wajah nenek buat kali terakhir sebelum bertemu kembali di syurga nanti InsyaAllah. Berikut ada gambar arwah nenek semasa raya.





















































Semoga arwah nenek ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dimasukkan ke syurgaMu ya Allah. Ameen.





























Balik dari serting singgah Bangi kemudian singgah KL, Pak Ngah pula masuk wad sebab kencing manis dan jangkitan kuman dalam darah. Kami pulang ke kampung dengan doa dan harapan Pak Ngah segera sembuh. Alhamdulillah Pak Ngah akhirnya keluar wad pada 8 sep.

Kini meneruskan kembali kehidupan seperti biasa.

Beberapa hari ini Tok Ayoh menjaja saki baki buah2 tembikai dan timun dengan Pajero ke kampung2. Tok mok pula cuba mencuri masa mengemas rumah bagi persiapan Pakcik Ya nanti di saat sibuk melayan dan menjaga kerenah anak cucunya.

Inilah antara ujian Allah kepada hambanya. Ada ujian sedih dan ada juga ujian yang mengembirakan. Sejauhmana hati kita mengurusnya dengan baik sebagai seorang yang beriman?

Moga Allah memberikan kekuatan hati dan kekuatan iman buat Tok Mok dan Tok Ayah mengharungi segalaNya. Di saat usia mereka yang semakin tua, mengharapkan kehidupan yang senang , aman damai serta penuh ceria bersama anak cucu. Moga Allah memenuhi doa dan harapan Tok Mok dan Tok Ayah. Ameen.

No comments:

Post a Comment