Sunday, February 7, 2010

Udang Galah Masak Kari..perghhh

Sodap betul makan tengahari. Dah sekian lama tak merasa udang galah fresh dari sungai kelantan. Teringat zaman dolu2..hehehe pegi memancing dgn arwah MakTokBok dengan arwah Mok Kelate bersama Tok Ayah dan Tok Mok.

Sesekali pegi memancing boleh menenangkan fikiran.

Nah! Bawah ni gambar Tok Mok masak kari udang galah. Siapa yang tak dapat merasa minta maap jer la ye.


Nanti bersambung.

Saturday, February 6, 2010

Aktiviti belakang rumah...

Hari ni dengan penuh semangat meneruskan kerja-kerja belakang rumah yang agak lewat dimulakan. Banyak kerja-kerja pembersihan kawasan yang perlu dilakukan.

Selain itu perlu sediakan tapak bumi hijau bagi tanaman peria untuk jabatan pertanian melakukan kajian dan lawatan kelak.

MakLong Miey pulak agak sibuk menguruskan akaun syarikat dan kerja2 administrasi.





Friday, February 5, 2010

Pakdo, Pokwe, Pakcik Meni sekarang jadi hantu mancing Udang Galah!

Tengoklah gambar di bawah ni kalau tak percaya...


Nampaknya esok ada lauk best untuk di masak. Pasti ramai yang terliur ni kang... hehehe.

Projek-projek Tahun 2010

Assalamualaikum wr wbt, dan
Salam ceria buat semua ahli dan kroni Ahmad dan Zabidah,

Januari telah berlalu dengan pantas sekali. Bulan perancangan yang penuh jadual dan aktiviti. Alhamdulillah permulaan tahun baru 2010 yang baik. PakLong Jamal telah berjaya mendapat peruntukan daripada Jabatan Pertanian Machang untuk menjalankan projek pertaniannya sebanyak RM125,000.

Berikut gambar pegawai-pegawai pertanian Kota Bharu yang datang melawat kawasan semalam:


Selain itu ada beberapa lagi projek pertanian yang sedang dalam rangka dan perancangan. Target dan matlamat tahun ini nampaknya jelas dan positif.

Projek 2010: Target membangun tanah pertanian seluas 50 ekar.
  1. Projek Tanaman Tembikai Tanpa Biji P Mas 20 Ekar
  2. Projek Tanaman Tembikai Tanpa Biji Bukit 10 Ekar
  3. Projek Tanaman Peria P Mas 6 Ekar
  4. Projek Tanaman Cili Solok 2.5 Ekar Tok Bok dan 3 Ekar Labok
  5. Projek Tanaman Tembikai Tanpa Biji JV 10 Ekar
  6. Projek Fertigasi 5000 Polibeg
Selain itu lawatan dan kursus ke UMT pada 2 dan 3 Feb 2010 untuk pembenihan ikan kelah juga telah menampakkan satu lagi peluang cerah untuk IkanKelah.com dikembangkan menjadi Pusat Pembenihan dan Pembekal Ikan Kelah di Semenanjung Malaysia dengan bantuan dan kepakaran Prof. Dr. Abol Munafi Ambok Bolong.

Berikut gambar-gambar sepanjang lawatan sambil belajar tempoh hari:

Semoga tahun ini seluruh isi keluarga memperoleh kejayaan dalam apa jua bentuk usaha dan kerjaya, InsyaAllah.

Sehingga bersambung lagi.

Monday, February 1, 2010

1 Feb 2010 Lawatan Lojing bersama JP Machang

Berikut antara rakaman gambar yang sempat diambil:


Sehingga bersambung.