Thursday, November 26, 2009

Kunci Pintu Rezeki - Solat Sunat Dhuha

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Jadi Aunty Ana..

Selamat Hari Jadi Ana.

Ucapan khas daripada seluruh isi keluarga Labok:
"Semoga panjang umur
dan dimurahkan rezeki tambah sorang lagi..;-)"

Moga perjalanan hidup yang mendatang akan dilimpahi nikmat dan rahmat Allah swt.

Kek Hari Jadi Untukmu!

Tuesday, November 24, 2009

Ingatlah...

Allah menjanjikan syurga kepada orang-orang yang sabar:

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.“ [Ali Imran:133-134]

Memaafkan orang boleh mendapat pahala dan lebih utama:


"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.“ [Asy Syuura:40]

"Tetapi orang yang bersabar dan mema’afkan, sesungguhnya (perbuatan ) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.“ [Asy Syuura:43]

"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema’af lagi Maha Kuasa.“ [An Nisaa’:149]

Jangan kita bersikap sombong:

“Dan janganlah kau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membangga diri.” (Sura Luqman:18)

“Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri (sombong) kepada orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

Bersambung.

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah...

Berkat doa, hari ini IkanKelah.com menerima pesanan untuk benih ikan kelah merah sebanyak 2000 ekor lagi. Dalam proses penghantaran ke Banting, Selangor.

Rezeki yang Allah swt anugerahkan kepada kita ini harapnya membawa berkat dan rahmat buat seluruh isi keluarga.

Semua ahli keluarga doakan agar perniagaan ini akan terus maju jaya. InsyaAllah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Wassalam.

Monday, November 23, 2009

Alhamdulillah syukur..



Akhirnya MakLong Miey dgn PakLong Jamal berjaya juga menyiapkan laman web ikankelah.com baru yang kemas. Lebih padat dan pro.

Nampaknya pesanan benih kelah juga semakin bertambah disaat stok ikan terhad.

Syukur ya Allah.

Sunday, November 22, 2009

Hujan lebat..dalam rumah pulak banjir..

MakLong Miey dengan PakLong Jamal bekerja keras mengupdatekan web IkanKelah.com berwajah baru (lebih kemas dan menarik) sebab RTM minta IkanKelah.com hantar maklumat untuk dimuatkan dalam salah satu rancangan agronya. Dah delay 2 minggu.

Stok ikan kelah baru...

Pakcik Meni pula dah pepagi ke KL hantar pesanan 1000 ekor ikan kelah. Minggu depan InsyaAllah ada pesanan 300 ekor lagi.

Punyalah teruk bila dalam rumah pulak banjir. Nasib baik Tok Ayoh tak terapung dalam air pagi ni. TokMok lak semalam dengan rausyanfikr pegi tidur rumah Mokma di Machang.

Jam 6 pagi baru Maklong miey dengan PakLong Jamal tido. Buat kejer sambil cebok air. Aduih.. macam mana la agaknya kenduri Pakcik pokya kalau dalam rumah asyik banjir aje..

Ruang luar rumah yang baru dipluster..

Air keluar dari celah simen macam air paip;


Bersambung.

Saturday, November 21, 2009

Sarapan nasi lemak.. makan tghari daging bakar..

Pagi ni tok mok masak nasi lemak. Pergh sedap. Pakdo makan sampai 5 kali. Hari ni ramai yang datang, Pakcik ayub sekeluarga, Pakcik Meni sekeluarga dan Mok ma sekeluarga.

Petang pula ada tetamu tok mok yang datang (mak angkat tok mok).

Suasana luar rumah macam dah maghrib walaupun jam baru jam 12 tghari.

Sambung.

Friday, November 20, 2009

Keje mempluster luar rumah masih tertangguh...

Dah hampir seminggu keje-keje mempluster bahagian luar rumah telah tertangguh dek kerana hujan kembali turun, cumanya tak selebat hari tu.

Aktiviti ahli rumah seperti biasa. Juara kaki gila pancing ialah Pokwe bersama rakan tak sebayanya Afnan (anak kak ngah).

Hari ini ayah pergi mengambil lembu korban di Perala (lembu ayah nor). Nampaknya total lembu yang akan menjadi korban @ IkanKelah.com ialah 4 ekor. Alhamdulillah. Moga rezeki mendatang lagi mencurah-curah. Ameen.

Malam ini pulak Pakcik Ayub kita nak belanja burger dari kedainya Yub Burger Dewan Beta hahaha.. rezeki lagi subhannallah.

InsyaAllah, hari ahad ini pula kita akan menghantar tempahan ikan kelah merah 1000 ekor ke KL. MasyaAllah.. terima kasih Ya Allah.

Bersambung lagi.

Tuesday, November 17, 2009

Selamat Menempuh Peperiksaan...mokda dan semua sanak saudara..

Selamat berjaya!

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik
dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran.

(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang
(dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan)

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada
wa 'ai syas su 'a da'wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Saturday, November 14, 2009

Selamat Hari Lahir Emak Tersayang...

Hari ini genap umur emak 53 tahun.

Moga anak cucu emak dapat menjadi penyejuk mata dan hati buatmu menghitung detik waktu yang kian berlalu...Kami sayang emak...

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. .. Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini. Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Alhamdulillah. Episod baru bermula...

Akhirnya keluarga bersatu.

Salam kemaafan bersambut dengan deraian air mata melihat sanak saudara yang sekian lama dirindu bersatu. Alhamdulillah. Syukur ke hadratmu ya Allah di atas limpah kurniamu membuka pintu kesedaran dan melembutkan hati-hati yang keras dan ego. Semoga tiada lagi perang dingin antara keluarga. Satukan kami dengan limpah kurniaMu yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani.

Buat anak-anak yang berada dikejauhan berita ini adalah suatu perkhabara gembira. Marilah kita bersolat sunat syukur agar kita semua bersatu hati kembali seperti mana semasa arwah Mak Kelate masih ada lagi.

Berikut rakaman gambar anak-anak Babo dan Mok Long yang datang berziarah di rumah Tok Ayah petang tadi:

Friday, November 13, 2009

Berpisah kita di dunia moga bertemu di akhirat...



Hari ini jumaat, jenazah Amir Safuan siap dimandikan jam 12.45 tghari. Lepas siap dikafankan dan dipertemukan buat kali terakhir dengan seluruh isi keluarga. Maka jenazah terus disembahyangkan dan dibawa ke masjid Labok untuk di sembahyangkan sekali lagi.

Alangkah hati ini terasa hikmahnya di saat duka, ada gembira yang Allah hadiahkan sebagai ubat merawat luka lama yang lebih 5 tahun terpendam. Semua keluarga bersatu kembali, bertegur sapa, berjabat tangan, bermaafan sesamanya. Moga tiada lagi rasa kecil hati, tersinggung, terguris dan apatah lagi dendam yang tidak ada kesudahan. Sebagai umat Nabi Muhammad - kita harus jadikan Nabi sebagai teladan.

Menurut Azah, dia telah melarang abangnya dri keluar rumah semalam. Tetapi sudah tertulis Amir akan pergi meninggalkan kita, dia keluar rumah jam 9 malam. Kejadian berlaku tepat jam 9.15 malam di depan BHP labok.

Motor Amir tidak berlampu dan dia pula tidak bertopi keledar, melanggar kereta iswara milik satu keluarga. Amir melanggar tepat bahagian penumpang sebelah driver, menyebabkan isteri pemilik kereta cedera. Manakala penumpang lain selamat.

Semua keluarga datang ziarah. Cuma Tok ayah yang tidak pergi melawat jenazah sehingga saat akhir. Dia cuma pergi ke masjid sembahyang jenazah di sana.

Berikut gambar arwah di saat akhir selepas di kafankan:




Khamis jam 10.30 mlm lebih kurang, Amir meninggal akibat kemalangan..

Assalamulaikum wr wbt, dan
Salam takziah buat semua ahli keluarga,

Kematian itu satu kepastian yang akan dilalui oleh setiap manusia, Kedatangannya tidak dijangka. Yang hidup hanya mampu memanjangkan doa agar roh amir safuan kamarudin, anak sulung Moknab ditempatkan di kalangan mereka yang beriman di sisi Allah swt. Buat Moknab dan Pokdin sekeluarga moga tabah dan sabar menghadapi ujian Allah ini.

Moknab sekarang berada di Mekah menunaikan haji bersama Babo dan Maklong. Sesungguhnya semua yang terjadi ini telah tertulis dan ditentuka Allah swt. Sabarlah Moknab. Sesungguhnya Moknab telah berada di tempat suci yag penuh berkah...

Maklog miey, Khomaini, Iwe, Hafiz, Ema dan Rahima pegi ziarah jenazah di bilik mayat di hospital Machang. Ramai sanak saudara yang datang ziarah. Semua bertanyakan Tok Ayah dgn Tok Mok yang tak datang. Paling sedih Pokdin dan anak-anak Moknab semua bertanya Tok Ayah. ( Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kalau hati keras dan ego.. susah nak dilembutkan lagi.. dendam kesumat yang tak berkesudahan.. kita serahkan segalanya pada Allah swt sahajalah)...

Pengajaran buat anak cucu.. jauhilah dari sikap ini.. tak ada faedah dan tak perlu di bawa hingga ke akhirat.

Sayangi saudaramu seperti mana kamu menyayangi dirimu sendiri. Saudara seagamamu..saudara sedarahmu.. apatah lagi lahir dari perut ibu yang sama...

Semoga kita semua selamat dunia dan akhirat

Wednesday, November 11, 2009

Sembahyang hajat rumah Kak Mah Abe Mi

Selepas solat isyak terus solat hajat untuk memohon kerahmatan Allah agar Anis, Jaja dan Aidit dapat melalakukan peperiksaan dengan baik.

Mek masak ayam pedas, daging gulai darat, kerabu pucuk paku, sambal tempoyak, gulai ayam dan ikan asin.

Berselera juga makan.

Monday, November 9, 2009

PakLong Jamal dan MakLong Miey ke kebun labu..

Sepanjang perjalanan nampak redup nak hujan. Memang hujan lebat di sesetengah kawasan. Lubuk Jong banjir teruk. Ada beberapa buah rumah masih ditenggelami air.

Alhamdulillah kawasan kebun selamat dari banjir.

Suasana redup sepanjang perjalanan.

Ikan haruan yang ditangkap oleh pekerja bangla dalam longkang depan kabin.

Hujan ribut menumbangkan tangki simpanan air.

Alhamdulillah pokok labu tumbuh subur di lot A dan B

Sunday, November 8, 2009

Makna bacaan dalam solat....


Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Peringatan... HIJAB..

Al Ahzab ayat 59

Firman Allah:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan baik-baik. Maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.

Saturday, November 7, 2009

Kelantan kalan 1-3 dgn N9..

Haha.. kecewa..frustrated..paling teruk bagi kelab penyokong kelantan yang sanggup habis masa dan duit ke KL menonton LIVE di stadium. Imagine 60K dgn 20K lebih penyokong N9. Malu-malu...

Bagi kelab penyokong bola di rumah.. hah ini dia rupa2 kekecewaan..


Peminat bola..

Sedang bersiap untuk menonton perlawanan bola paling bersejarah .. di stadium 60k penyokong kelantan ..dekat rumah...?




Haha..beli mozek RM1700++ belum masuk upah..

Tok Mok dengan Tok Ayoh dah balik.

Warna mamar bilik air pilihan tok ayoh jeng jeng jeng..



Cuaca agak ok..

Assalamulaikum wr wbt,
Salam buat semua ahli keluarga..

Hari ni cuaca agak ok (tak hujan dan tak juga terlalu panas). Tok Mok dan Tok Ayoh semangat ke kedai Hardware cari marmar rumah. Jam dah 2.30 ptg pun belum lagi balik punya semangat. Ayah seperti biasa tak nak juga ukur dahulu setiap bilik yg nak di pasang mamar. Tak adalah terkurang atau terlebih beli kelak, kalau di kira dulu keluasannya.

Penghuni umum yang lain masing-masing sedang syok tidur dan tengok TV kecuali mak Long Miey dgn Pak Long Jamal yg hantu internet.

Oh ya malam ni perlawanan bola kelantan lawan n9 final. Lagi la semangat Pak cik Meini dgn Pokwe ke KL lagi tu sbb nak tengok bola. Mokda dgn pakcik sili pun tak kurang semangat nak tengok bola. Nampaknya kalau kuar ke KB malam ni pasti takde kereta, sunyi sepi.

Full Stop.

Friday, November 6, 2009

Musim bah sudah tiba...

Sudah 3 hari hujan turun tanpa henti. Padang manan dah melimpah airnya mulai semalam. Nampaknya aktiviti manusia di kelantan dah terhad. Waktu ni paling best pasang pukat dan pasang tajur. Dapat ikan sungai buat masak asam pedas.

Berikut suasana depan rumah:


Nantikan berita bergambar terkini..