Thursday, October 29, 2009

Sebab Hati Tidak Bahagia...

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
  1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.


  2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

  3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu.

  4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

    ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk yang lain. Gaji yg kita dpt tiap2 bulan tu bukan semua milik kita, ader rezeki org lain ttp disalurkan melalui kita,oleh itu jgn laa kedekut sgt atau takut duit kita cepat abis…

  5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..

    ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita.(mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

  6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebi h besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time kerja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja)

  7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..Cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

  8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

  9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah...

    ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka Dengan dunia ... buruklahh padahnya...

Tuesday, October 27, 2009

Cucu oh cucu..



Perintahlah anak-anakmu mengerjakan solat...

Kenapa Aku Diuji?














KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allahmengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dankuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200















"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?














"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

SABAR itu iman , DUIT bukan kawan , DUNIA hanya pinjaman dan MATI tidak berteman.. Silance is golden when you don't have a good answer

AKAL senipis rambut hiasi dengan ILMU,
HATI serapuh kaca hiasi dengan IMAN,
NALURI selembut sutera hiasi dengan TAQWA..

Friday, October 23, 2009

Mak ada darah tinggi..



Sejak beberapa hari ni..mak pening-pening. Tak ada tenaga. Ema dan Atif sebelum bertolak ke jerantut semalam telah membawa mak ke klinik Ehsan Kok Lanas. Sah mak kene darah tinggi. Kene jaga makan dan takleh keseorangan takut pitam atau jatuh.

Mak dah takleh buat kerja teruk. Seharusnya rehat. Terlalu banyak berfikir, kurang tidur, kurang makan dengan penat melayan kerenah cucu-cucu.

Mak Long Miey punya la pening dengan budak-budak kecik bawah umur ni. Semua masih takleh berdikari. Bayangkan rumah macam kapal pecah hari-hari. Kerja rutin dan kerja-kerja pertanian nak diteruskan untuk hidup terpaksa ditangguhkan berhari-hari. Pecah kepala sakit jiwa kalau tak ada yang membantu. Dah lama dah mencari orang kampung yang sudi jadi pembantu rumah tapi sayang tak ada yang mau. Semua lagi suka menoreh getah dan jadi tukang sapu sekolah.

Hari majlis pokya pun dah semakin hampir. Kerja2 persiapan belum lagi dibuat. Di mana nak mula. Semua blurrr dan tak ada mood dengan macam-macam masalah.

Sabar.. sabar..

Tuesday, October 20, 2009

Berita Terkini...

Sejak dari jam 12 hingga jam 5 petang - Ayah, Khomaini, Ayub dan Irwan ke Balai Polis Pengkalan Chepa bagi meneruskan siasatan kes tembakan 14 oktober 2009. Ternyata apa yang ditakuti berlaku telahpun berlaku iaitu Mira (suspek utama) kejadian tambakan malam 14 oktober 2009 telah dibebaskan daripada tahanan reman. Disaksikan sendiri oleh Ayah, Khomaini, Ayub dan Irwan.

Nampaknya daripada risik-risik mendapati kes ini seolah-olah tidak diambil berat oleh pihak berkuasa. Beberapa pegawai polis seolah-olah menjadi penyelamat dan pelindung kepada penjahat-penjahat ini. Bagaimanakah masyarakat akan datang agaknya jika sikap-sikap dan integriti polis ini tidak didedahkan kepada awam? Mereka bebas pelihara dan hukum siapa yang mereka suka. Siasatan lengkap tidak dilakukan dan tidak pun dijelaskan kepada mangsa.

Membiarkan penyangak dadah ini bebas dan bermaharajalela. Membunuh satu persatu anak muda kita, entah-entah jiran kita, silap-silap sedara kita, paling takut anak cucu kita. Mati sia-sia sahaja tak dapat pahala.

Tragedi ini, perlu kita ingatkan sesama kita. Jauhlah harapnya adik beradik, sanak saudara dari menjadi polis pelindung penjenayah dan pengkhianat bangsa ini. Nauzubillah.

Sunday, October 18, 2009

Terima kasih buat semua ..segala pertolongan dan doa hanya Allah yang mampu membalasnya...

Assalamualaikum wr wbr..

Jutaan terima kasih atas segala pertolongan dan doa semua sanak saudara dan jiran tetangga yang datang membantu majlis kesyukuran. Kami seisi keluarga tidak mempu membalasnya. Allah swt sahaja yang Maha Merancang segalanya...

5 hari telah berlalu, kejadian ngeri lagi menyayat hati menyebabkan semua ahli keluarga hilang selera makan dan langsung tidak nyenyak tidur.Banyak kerja dan rutin harian jadi tertangguh. Bingung, kelu dan tak bermaya.

Semalam Kedai Kak Pah dekat kubur labok, berlaku kes rompakan. Kepala Pokdin siap kene ketuk dengan spana. Nasib baik anaknya sempat menelefon bapa saudara minta tolong. Jadi sempat lah tangkap 4 dari 5 orang perompak depan BHP labok oleh sekumpulan ahli rukun tetangga di sini.

Jika difikir dalam-dalam, memang kita tak boleh nafi bahawa inilah dunia akhir zaman. Jenayah berlaku di mana-mana. Maksiat bermaharajalela. Penguasa membela golongan penjenayah untuk menyara hidup dan mengejar kemewahan dunia yang hanya sementara ini.

Ketidakseimbangan mula dirasai. Dulu keselamatan boleh kita kecapi, namun kini, mana ada lagi keamanan, kedamaian dan kesenangan?

Friday, October 16, 2009

Majlis kesyukuran dan sembahyang hajat....pulanglah Fadhil...



Malam ini selepas solat isyak seluruh isi keluarga ahmad dan zabidah akan mengadakan kenduri kesyukuran dan solat hajat.

Semua ahli keluarga berdoa moga2 Allah membuka pintu hati Fadhil untuk kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.







































































Episod tembak menembak ini menjadi pengajaran yang amat besar buat keluarga dan juga jiran tetangga. Kisah ini akan dikenang sebagai tragedi oktober yang akan diceritakan dari generasi ke generasi kelak. Tidak ada manusia yang sempurna akalnya ingin melihat kecelakaan ke atas saudaranya sendiri.

Pulanglah Fadhil..pulanglah.. mak dan ayah sudah cukup menderita dan hancur luluh hatinya. Marilah pulang untuk kita rawat luka-luka tersebut sehingga hilang parutnya selagi peluang untuk bertaubat masih ada.

Thursday, October 15, 2009

Subhanallah, Alhamdulillah AllahuAkbarr!!!

Berita paling ngeri dan paling menyayat hati rasanya tahun 2009 ini berlaku pada jam 2.30 pagi 14 oct 2009 (Selasa). Kejadian berlaku di hadapan Hotel River View, Kota Bharu.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt di atas perlindungan mu buat semua isi keluarga Ahmad dan Zabidah ya Allah. Tanpamu, kemungkinan kami telah kehilangan 3 dari 12 adik beradik kami yang dikasihi iaitu Mohd Norkhomaini, Mohd Ayub dan Mohd Irwan.

Semuanya berpunca dari sifat seorang abang (Khomaini dan Ayub) dan adik (Irwan) yang ada rasa tanggungjawab untuk membawa balik adik@abang iaitu Fadhil NorHadi kembali ke sisi keluarga. Perasaan sayang dan takut Fadhil akan hanyut di bawa arus yang jahat maka mereka bertiga tidak pernah kenal putus asa, setiap malam meronda-ronda setiap lorong dan jalan di Kota Bharu mencari si abang@adik ini.

Sehinggalah semalam 14 oct 2009, bertemulah mereka dengan Fadhil bersama teman perempuannya bernama Mira. Berlaku sedikit kekecohan. Namun Fadhil berjaya melepaskan diri. Jadi keputusan diambil untuk tunggu Fadhil di kereta yang di sewanya. Di dalam kereta tersebut pula mereka terjumpa resit check-in hotel, jadi mereka bekejar ke sana mencari Fadhil tetapi gagal.

Mira yang ditinggalkan Fadhil, naik ke bilik sewanya. Sementara Khomaini, Ayub, Iwe, Mahani, Adnan dan sepupu Mahani tunggu di kereta yang disewa Fadhil dan Mira tersebut. Mereka mengagak Fadhil akan kembali ke situ juga utk ambil balik kereta tersebut.

Tunggu punya tunggu tiba-tiba 2 buah kereta V6 berwarna hitam dan silver tiba2 muncul dengan laju dan berhenti di kawasan tersebut dan terus meluru ke arah mereka. Ada 8 orang di mana 2 perempuan dan 6 lelaki. 3 daripada lelaki tersebut bersenjatakan pedang dan parang manakala 3 lagi berpistol.

Tanpa budi bicara terus memukul dan menumbuk mereka, walaupun mereka cuba memberitahu bahawa mereka hanya bertujuan membawa balik adik mereka Fadhil.

3 das tembakan di lepaskan, 2 dilepaskan kepada Ayub manakala 1 das lagi betul2 di atas kepala Irwan setelah hentakan pistol ke kepalanya telah menyebabkan pistol tersebut meletup sendiri. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui bahawa betapa hati, jiwa dan perasaan ahli keluarga yang langsung tidak bersalah ini.

Khomaini berlari ke arah kereta sambil di belasah oleh 3 orang bersenjatakan pedang dan parang manakala Ayub yang telah jatuh tergolek ke tanah setelah 1 das tembakan dilepaskan ke arahnya. Khomaini sempat melihat salah seorang melepaskan sekali lagi 1 das tembakan ke arah ayub yang tergolek di atas tanah. Hati abang mana yang tahan melihat adiknya dalam keadaan tersebut. "Mati doh la ayub".. dalam hati kecil khomaini. Paling sedih isteri ayub, Mahani yang ada dalam kereta yang melihat kejadian dari awal hingga akhirnya hanya mampu menjerit "abang aku tu..abang aku tu...."....

Manakala Irwan tatkala melihat kedua abangnya dipukul bekejar ke arah ayub dan khomaini, tiba2 salah seorang penjahat mengeluarkan pistol dan diacunya ke arah Irwan. Melihat mereka berpistol Irwan cuba lari, tetapi tiba2 kepala dihentak kuat dan terdengar 1 das tembakan terlepas betul2 tersasar jauh sedikit dari atas kepalanya. Subhanallah maha suci Allah yang maha berkuasa.

Irwan kemudian sempat melarikan diri, manakala Khomaini sempat masuk ke kereta dan terus menghidupkan enjin keretanya. Dia masih berharap Ayub masih hidup. Dari jauh dia nampak ayub masih boleh bangun, lalu dia terus meluru kereta ke arah ayub dan minta dia masuk cepat ke dalam kereta.

Akhirnya berlaku episod kejar-mengejar antara kereta khomaini wira dengan 2 buah V6 tadi. Betul-betul macam dalam cerita filem. Mereka yang dalam ketakutan dan hanya berharap pertolongan dan bantuan Allah, berjaya melepaskan diri apabila mereka berjaya sampai ke balai polis Kota Bharu.





























(Kepala Irwan yang luka kesan hentakan pistol di kapalanya)











































(Keadaan kereta khomaini yang remuk dalam sesi kejar- mengejar)

Ya Allah... inilah ujian paling getir dan paling hebat yang Kau berikan ya Allah.

Bayangkan jika Ayub, Khomaini dan Irwan terkorban malam tu, Khomaini meninggalkan anak dan isteri yang sedang berbadan dua, Ayub pula yang baru berkahwin dan kini isterinya juga berbadan dua dan Irwan yang tahun depan akan sambung belajar.. hati ibu dan ayah mana yang tidak sedih... Hanya sujud syukur padaMu ya Allah...

Ini bukan cerita rekaan dan ini adalah cerita benar berlaku. Apa dah jadi dengan masyarakat kita hari ini. Senjata api ini sudah semacam barang mainan yang boleh dibeli di mana2 kedai runcit saja. Mana penguatkuasaan, mana keadilan!

Nak dipanjangkan cerita, semasa sesi soal siasat di balai polis Kota Bharu, pegawai polis seolah tidak percaya, khomaini, ayub dan Irwan tidak mengenali seorangpun dari 8 orang penjahat yang menyerang mereka. Polis mengesyaki mereka juga terlibat dalam geng jual beli dadah di sekitar Kota Bharu. Kalau tak masakan penjahat bersenjata api boleh serang mereka tanpa sebab. Mereka bertegas tidak kenal mereka dan kalau tak percaya boleh buat urine test. Semuanya berpunca dari perempuan bernama Mira @ dikenali sebagai Mira "Machaa".

Tiba-tiba Mira masuk ke balai dengan tujuan membuat laporan polis. Terus khomaini memberitahu polis "jika Tuan nak tahu boleh tanya perempuan tu.. dia tahu siapa mereka" sambil tunjuk ke arah Mira. Mira datang dengan membuat laporan bahawa Khomaini, Ayub dan Irwan datang pecah masuk ke biliknya. Sedangkan langsung mereka tidak masuk ke biliknya. Siap dia sepah dan selerakkan pakain dalam almari di biliknya (Polis buat pemeriksaan). Bijak dan berani betul perempuan tu. Macam dah biasa buat kerja-kerja jenayah. Keluar masuk lokap ni dah macam keluar masuk rumah je.

Inilah wajah dan rupa sebenar Mira yang digilai Fadhil, lupa ayah lupa mak lupa adik beradik. Mira juga pernah mengatakan pada keluarga yang hanya dia mampu memberikan kesenangan buat Fadhil... kesenangan dengan menjual dadah.. Perempuan macam ini yang ingin menjadi salah seorang ahli keluarga kami..

Ayah dengan Mak tak pernah menghalang niat untuk berkahwin anak-anaknya dengan pilihan masing-masing. Tapi biarlah yang wajar. Jika jahil sekalipun janganlah sampai langsung tak ada agama. Dan yang langsung tak boleh terima agama. Dan tak boleh diajar.

Ya Allah.. sekali lagi kami memohon petunjuk dan hidayahmu ya Allah. Lindungilah keluarga kami ya Allah. Bagilah pengajaran dan petunjuk kepada adik kami Fadhil untuk kembali ke jalan Mu ya Allah.

Kami tidak mahu melihat ada nanti salah seorang ahli keluarga yang tersesat jauh.. hidup hilang arah dan sudah jadi macam sampah di tepi jalan... Ya Allah jauhilah kami dari perkara-perkara tersebut ya Allah. Nauzubillahiminzalikh...

Bagilah kami kekuatan dan bagilah kami semangat untuk membawa pulang adik kami ini ke jalan benar, jalan yang Kau redhai ya Allah. Ameen

Kami sesisi keluarga berharap dan berdoa pihak polis berjaya menangkap penjenayah-penjenayah tersebut dan bersikap jujur dan telus agar penjenayah ini tidak terlepas lagi dan diberikan hukuman setimpal.

InsyaAllah malam ini atau malam esok akan diadakan majlis kesyukuran dan sembahyang hajat untuk semua ahli keluarga.

Ayat suci Al Quran ini sebagai pelindung kami ya Allah:-




Monday, October 12, 2009

Alisya dan Amira demam la pulak...

Dari semalam budak2 tu demam, jadi Tok Mok terpaksa la melayan kerenahnya yang tak mau tidur dan muntah2. Ubat demam yang ada macam tak jalan. Rindu dengan mama dan papanya bangkali.

Aikal pulak sibuk minta layanan lebih, asyik merengek2 dari pagi.

Rausyan dgn Irfan pula seperti biasa bz bermain PS2.

Pagi-pagi lagi MakLong Miey dgn PakLong Jamal ke Machang, beli beras dan beli ikan untuk stok beberapa hari. Nampak gaya perubahan cuaca dah mula mempengaruhi kuantiti makan harian. Bila musim hujan ni, selera bertambah-tambah.

Persiapan kawin Pakcik Ya belum lagi dibuat. Musim hujan ni, byk ruang rumah yang bocor perlu direpair. Tok Mok pulak takleh full time buat ops bersih dan operasi rumah sebab ada cucu nak di jaga. Kasian la plak tengok.

Sunday, October 11, 2009

Setelah beberapa hari bertungkus lumus mendobi pakaian...

Hari ini rasanya masuk hari yang ke 3 mendobi pakaian. Barulah surut timbunan kain baju yang tidak bercuci disebabkan mesin basuh rosak. Alamatnya pakaian anak cucu semua bau masam macam jeruk pinang..hehehe

Petang ni hujan lebat pulak. Nasib pakaian semua sudah kering dan siap berlipat.

Inilah suasana rumah setelah PakLong Jamal dan MakLong Miey masuk campur dalam ops bersih bulan 10. Belum lagi ops bersih luar rumah. Tak lama lagi kebun pulak minta di kemas kini untuk pusingan seterusnya. Pergh..















Macam tak caya ini bilik Pokwe ngan Pokpih!















Mok Ma dan Pakcik Atif baru sampai dari rumah dia bangkali. Sekarang rumah tengah riuh rendah dengan suara budak2, kalah rumah asuhan kanak2. 8 kanak2 bawah umur tengah mogok.

Saturday, October 10, 2009

Basikal Baru ..

Rausyanfikr, Irfan, Fahima dan Faqiha dapat basikal baru dengan duit raya..















Basikal Rausyanfikr















Basikal Irfan















Basikal Fahima dan Faqiha

Sekarang jam 9.44 malam masih dok tengah main lepas makan mamee (Tok Mok ngan Maklong Miey tak sempat nak masak). Nak pecah rumah riuh rendah. Nasib baik jiran2 dah faham dan dah biasa.





























Al Kisah Sebelum dan Selapas Raya..

Assalamualaikum wr wbt, dan
Salam penuh barokah buat semua isi keluarga Ahmad dan Zabidah...

Semoga Allah melindungi dan memberikan kita sekeluarga petunjuk dan jalan yang lurus sepanjang hidup di dunia ini menjadi cucu, anak, ibu, bapa, atuk dan nenek yang soleh dan solehah InsyaAllah.

Sesungguhnya sebelum raya aktiviti sentiasa sibuk, urusan sembelih lembu, urusan memetik dan mejual tembikai serta urusan memetik dan menjual timun batang. 3 projek serentak. Manakala orang kuatnya, Pakda Hadi, Pokwe, Pokpih, Pakcik Meini, Pakcik Ayub, Paklong Jamal, Pakcik Mae dan Tok Ayoh dengan dibantu 2 orang bangla iaitu Robel dan Mustafa.

Tok Mok dan Maklong Miey melakukan kerja2 rencam seperti biasa. Dari dalam rumah sehinggalah ke kebun.

Sebulan berpuasa, sempat juga sanak sedara berkumpul berbuka bersama. Berikut antara gambar kenangan puasa 2009.

























































Akhirnya tiba hari raya, kami semua beraya satu hari. Esoknya sudah menyambung kembali kerja2 seperti biasa. Itulah rutin keluarga sejak sekian lama. Terkadang rasa tak sempat nak beraya pun bersama anak2 dan sedara mara.

3 hari lepas raya bermula episod cerita sedih, bermula dengan kehilangan pakda hadi, katanya lari bersama teman wanita membawa diri entah ke mana. Akhirnya itulah pilihan dibuat dengan memilih seorang wanita dan meninggalkan ibu dan ayah yang masih berharap anak yang tersayang kembali ke jalan yang benar dan diberikan petunjuk oleh Allah. Sedih dan kecewa hati emak dan ayah tak terkira. Remuk hati ibu yang mengandung 9 bulan. Hancur hati ayah yang menaruh 1000 harapan. Akhirnya ibu dan ayah berserah kepada Qada' dan Qadar Allah kerana itulah pilihan dan jalan yang dipilih.

Hari ke 8 raya pula, ibu tersayang abang jamal telah kembali bertemu Allah pada jam 2.30 petang. Semua keluarga sedih dan sayu. Terus bersiap ke Serting hilir tujuh walaupun harapan untuk bertemu jasad yang terbujur kaku belum tentu dapat. Namun sebab2 teknikal, arwah nenek akhirnya dikebumikan keesokan hari pada 29 september 2009. Jadi anak cucu sempatlah menatap wajah nenek buat kali terakhir sebelum bertemu kembali di syurga nanti InsyaAllah. Berikut ada gambar arwah nenek semasa raya.





















































Semoga arwah nenek ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dimasukkan ke syurgaMu ya Allah. Ameen.





























Balik dari serting singgah Bangi kemudian singgah KL, Pak Ngah pula masuk wad sebab kencing manis dan jangkitan kuman dalam darah. Kami pulang ke kampung dengan doa dan harapan Pak Ngah segera sembuh. Alhamdulillah Pak Ngah akhirnya keluar wad pada 8 sep.

Kini meneruskan kembali kehidupan seperti biasa.

Beberapa hari ini Tok Ayoh menjaja saki baki buah2 tembikai dan timun dengan Pajero ke kampung2. Tok mok pula cuba mencuri masa mengemas rumah bagi persiapan Pakcik Ya nanti di saat sibuk melayan dan menjaga kerenah anak cucunya.

Inilah antara ujian Allah kepada hambanya. Ada ujian sedih dan ada juga ujian yang mengembirakan. Sejauhmana hati kita mengurusnya dengan baik sebagai seorang yang beriman?

Moga Allah memberikan kekuatan hati dan kekuatan iman buat Tok Mok dan Tok Ayah mengharungi segalaNya. Di saat usia mereka yang semakin tua, mengharapkan kehidupan yang senang , aman damai serta penuh ceria bersama anak cucu. Moga Allah memenuhi doa dan harapan Tok Mok dan Tok Ayah. Ameen.