Monday, January 25, 2010

Faqiha Zahra dah boleh jalan...

Alhamdulillah akhirnya aku dapat kaki...
masuk 10 bulan nampaknya baru boleh jalan.

Wednesday, January 20, 2010

Tahun Rezeki 2010

Alhamdulillah ahli keluarga bakal bertambah lagi tahun ini iaitu:
  1. Khomaini dan Aya - Awal Mac 2010
  2. Ayub dan Ani - Awal April 2010
  3. Sili dan Ain - 17 April 2010
  4. Jamal dan Miey - 20 April 2010
  5. Atiff dan Ema - 14 July 2010
Kita tunggu siapa dulu yang keluar... jeng-jeng..

Monday, January 11, 2010

Selamat sambung belajar Pokwe..

Hari ni pepagi pokwe bangun dengan penuh semangat nak masuk belajar di Politeknik Kota Bharu. Tapi punyalah susah nak dapatkan tanda tangan Tok Ayoh. Anak paling takut dgn tok ayoh dan paling bermasalah dgn Tok Ayoh adalah Pokwe.

Suara pasti tak kuar kalau nak minta tolong Tok Ayoh.

Nasib jugak mok ma dan cik atif siap bermalam di rumah tok mok untuk hantar Pokwe pepagi. Ingat nak gi segerombolan. Sewa bas gitu. Maklumlah jauh bebenar.

Apapun buat pokwe selamat belajar. Belajar rajin2. Jangan dok main dan mengayat minah poli jer lak kang. Buang karan jaaa.

Ok selamat.

Friday, January 8, 2010

Mokda, Paiz, Pakda dan PakLong Jamal bertolak ke KL..

Semalam Mokda, Paiz, Pakda dan PakLong Jamal telah bertolak ke KL.

Mokda dgn Paiz dah mula sambung belajar semester baru.

Paklong Jamal sibuk mesyuarat.

Pakda lak makan angin.

Lagi beberapa hari Pokwe pulak yang akan mulakan pengajian.

Nampaknya dah makin berkuranglah ahli rumah. Tahun ni tahun paling sibuk rasanya.

Bersambung.

Thursday, January 7, 2010

Selamat Hari Lahir Ke ... Pakcik Atiff

Hari ni 7 Jan 2010.. sorang lagi ahli majlis sambut hari jadi iaitu Pakcik Atiff. Tapi kasian... dia lak ke KL dari 6-7 haribulan. So mokma tunggu sambutnya besok la eekk..

Anyway Pakcik Atiff semua ahli keluarga Labok mengucapkan Selamat Hari jadi, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Bila nak belanja kami satay ni?

Tuesday, January 5, 2010

Selamat Hari Jadi Pakcik Meni

5 Jan 2010.. genaplah umur yang ke dot dot..

Semua ahli keluarga mengucapkan selamat hari jadi Pakcik Meni. Panjang umur dan dimurah rezeki cepat kaya raya tahun 2010 ni, InsyaAllah.

Semalam 4 Jan 2010 hampir semua kroni berehat dan makan angin di Pantai Malawi - bercuti sambil bakar ayam tepi pantai. Pakdo, Pokwe, Pakcik Atif dan Pakcik Meni sibuk memancing ikan. Dapatlah dekat 10 ekor ikan. Best jugak!

Siapa2 yang termiss sorry aaa..

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Alhamdulillah syukur ke hadarat Allah, sempena tahun baru 2010 kami sekeluarga buat sedikit amuan kesyukuran, makan ikan kelah besar gitu. Kak miey dengan abang jamal lak kebetulan sambut hari ulangtahun perkahwinan mereka. So makan besar lah kami malam tahun baru. Maklum sajalah ikan kelah yang dikorbankan malam tu harganya RM2500 seekor.

Semua ahli majlis syura dijemput hadir kecuali yang berada di luar kelantan, heehee jangan marah yer.

Berikut koleksi gambar yang sempat di rakam: