Sunday, July 26, 2009

Semalam makan malam rumah pakda...

Semua isi rumah labok makan malam rumah pakda...

Ayah, Mak, Fadhil, Iwe, Hafiz, Rahimi, Kak Miey dgn Abg Jamal satu keluarga, Khomaini satu keluarga, Ayub dgn Mahani, Ema satu keluarga... Boleh kata makan besar jugak la tu.

Berita baik buat semua, pakda dah boleh jalan dan makan pun dah berselera. Pakda kembali sihat. Syukur Alhamdulillah.

Moga Allah berikan kita kelapangan masa dan dimurahkan lagi rezeki untuk masa akan datang.

Tuesday, July 14, 2009

Mokda dah start kelas...

Haiya mokda dah start kelas utk semester ke 5 kot...

Alamat kembali berantakan lah rumah. Cari pembantu belum ada. Kasian mak.

Hari-hari mak, ayah, khomaini dan Aya akan mengurus kebun timun belakang rumah, manakala abe jamal, fadhil, ayub dan Iwe akan ke Pasir Mas utk projek tembikai.

Semua sibuk mencari rezeki yang halal. Moga tahun 2009 ini membawa rezeki yang berlimpah ruah buat kami sekeluarga. Ameeeen

Wednesday, July 1, 2009

Seisi keluarga semakin sibuk...

Hari-hari selepas subuh ayah akan ke kebun timun. Emak pula mengurus rumah dibantu cikda yang masih bercuti semester di kampung. Pakdo dan Pokwe seperti biasa akan dikerah oleh ayah melakukan kerja-kerja tertangguh dan kerja-kerja tambahan.

Ayub AJK penghantaran Timun ke pemborong di Wakaf Che Yeh. Khomaini pembantu utama ayah untuk projek tandak air. Hari ini dia ke KL atas urusan businessnya.

Kak Miey dengan Abg Jamal seperti biasa sibuk mengurus projek Timun, Serai dan Tembikai. Bakal jadi kapitalis tani baru di kelantan.

Ema dan Atif pula ahli masjid. Bekerja sambil beramal, lagi sibuk dengan rutin harian.

Sili, Simi dan Pokya tiada sebarang maklumat tambahan sejak balik dari kenduri Ayub.

Rahimi dan Hafiz meneruskan perjuangan sebagai pelajar sekolah.

Nanti kita akan sambung cerita lagi untuk perkembangan seterusnya.