Wednesday, July 1, 2009

Seisi keluarga semakin sibuk...

Hari-hari selepas subuh ayah akan ke kebun timun. Emak pula mengurus rumah dibantu cikda yang masih bercuti semester di kampung. Pakdo dan Pokwe seperti biasa akan dikerah oleh ayah melakukan kerja-kerja tertangguh dan kerja-kerja tambahan.

Ayub AJK penghantaran Timun ke pemborong di Wakaf Che Yeh. Khomaini pembantu utama ayah untuk projek tandak air. Hari ini dia ke KL atas urusan businessnya.

Kak Miey dengan Abg Jamal seperti biasa sibuk mengurus projek Timun, Serai dan Tembikai. Bakal jadi kapitalis tani baru di kelantan.

Ema dan Atif pula ahli masjid. Bekerja sambil beramal, lagi sibuk dengan rutin harian.

Sili, Simi dan Pokya tiada sebarang maklumat tambahan sejak balik dari kenduri Ayub.

Rahimi dan Hafiz meneruskan perjuangan sebagai pelajar sekolah.

Nanti kita akan sambung cerita lagi untuk perkembangan seterusnya.

No comments:

Post a Comment