Saturday, December 5, 2009

Berfikir sejenak...

Bagaimana individu membentuk sikap atau perangai.

Sikap yang terbentuk dalam setiap individu adalah hasil daripada ilmu atau intelektualnya. Paling ramai orang awam tidak ada adalah sikap prihatin @ peka terhadap sesuatu perkara atau peristiwa atau persekitaran. Mengambil hikmah dan ikhtibarnya.

Intelektual itu besar maknanya dan bukan hanya kerana seseorang itu belajar di universiti atau kolej. Sarjana atau PHD.

Apatah lagi jika kita lihat bukan lagi segelintir malah lebih ramai sekarang ini manusia mengambil sikap individualistik @ berkepetingan diri sendiri.

Ramai yang mempermainkan agama. Sekejap bertudung dan sekejap tidak bertudung. Ayat Al-Quran yang mengharamkan wanita mendedahkan aurat seolah-olah bukan datangnya dari Maha Pencipta.

Malah ada yang langsung tidak tahu adab dan tatacara sebagai Muslim atau Muslimah yang betul. Malunya kita sebagai orang ISLAM.

Dunia ni seolah-olah bukan pinjaman sementara Allah kepada hambanya.

Mari berfikir sejenak. Apa yang dicari di dunia ni sebenarnya. Kalau harta.. . Harta yang macam mana? yang Halal atau yang haram? Kalau isteri atau pasangan.. isteri yang macam mana? cantik ? cantik semata-mata? baik? baik yang macam mana?

Berfikirlah sebagai hambaNya sesaat - agar kita diberi kesedaran dan tidak tersalah dalam memilih jalan hidup yang diredhai Allah.

Harap jangan ada antara ahli keluarga dan bakal ahli keluarga ahmad dan zabidah yang tergolong dalam golongan manusia yang hipokrit dengan Allah.

Ingatlah dan percayalah yang Syurga itu ada dan Neraka itu pasti bagi mereka yang INGKAR.

Jadilah kita ahli keluarga yang ISLAMIC. Jadilah manusia yang SOLEH dan SOLEHAH. Pilihlah jalan yang BENAR kerana ISLAM itu adalah yang TERBAIK.

No comments:

Post a Comment