Friday, May 15, 2009

Semua sibuk...

Salam buat semua ahli keluarga Ahmad Zabidah...

Majlis perkahwinan Mohd Ayub sudah semakin hampir, lebih kurang 16 hari lagi. Emak dan ayah belum lagi pergi menjemput sanak saudara terdekat untuk majlis perkahwinan pada 2 Jun 2009 (Selasa) manakala majlis menyambut menantunya pada 4 Jun 2009 (hari Khamis).

Sekarang semua orang sibuk.. ada beberapa projek besar keluarga tahun 2009 ni, antaranya:-
  1. Projek Tanaman Serai 20 Ekar
  2. Projek Fertigasi 5000 Polibeg
  3. Projek Ternakan Ikan - 10 kolam
Keliling rumah belum siap operasi pembersihan. Dalam rumah pun belum. Tahun ni tema cat rumah hijau. Ayah kata menjelang majlis kahwin anak ke 12, rumah pun jadi sempit disebabkan ketebalan cat ( maklumlah 12 kali cat tak campur setiap kali raya pun mungkin cat baru lagi..)

Namun budak-budak sempat berlibur di Jeram Linang berehat sambil makan angin. Ini antara gambarnya...











































No comments:

Post a Comment