Friday, February 5, 2010

Projek-projek Tahun 2010

Assalamualaikum wr wbt, dan
Salam ceria buat semua ahli dan kroni Ahmad dan Zabidah,

Januari telah berlalu dengan pantas sekali. Bulan perancangan yang penuh jadual dan aktiviti. Alhamdulillah permulaan tahun baru 2010 yang baik. PakLong Jamal telah berjaya mendapat peruntukan daripada Jabatan Pertanian Machang untuk menjalankan projek pertaniannya sebanyak RM125,000.

Berikut gambar pegawai-pegawai pertanian Kota Bharu yang datang melawat kawasan semalam:


Selain itu ada beberapa lagi projek pertanian yang sedang dalam rangka dan perancangan. Target dan matlamat tahun ini nampaknya jelas dan positif.

Projek 2010: Target membangun tanah pertanian seluas 50 ekar.
  1. Projek Tanaman Tembikai Tanpa Biji P Mas 20 Ekar
  2. Projek Tanaman Tembikai Tanpa Biji Bukit 10 Ekar
  3. Projek Tanaman Peria P Mas 6 Ekar
  4. Projek Tanaman Cili Solok 2.5 Ekar Tok Bok dan 3 Ekar Labok
  5. Projek Tanaman Tembikai Tanpa Biji JV 10 Ekar
  6. Projek Fertigasi 5000 Polibeg
Selain itu lawatan dan kursus ke UMT pada 2 dan 3 Feb 2010 untuk pembenihan ikan kelah juga telah menampakkan satu lagi peluang cerah untuk IkanKelah.com dikembangkan menjadi Pusat Pembenihan dan Pembekal Ikan Kelah di Semenanjung Malaysia dengan bantuan dan kepakaran Prof. Dr. Abol Munafi Ambok Bolong.

Berikut gambar-gambar sepanjang lawatan sambil belajar tempoh hari:

Semoga tahun ini seluruh isi keluarga memperoleh kejayaan dalam apa jua bentuk usaha dan kerjaya, InsyaAllah.

Sehingga bersambung lagi.

No comments:

Post a Comment