Wednesday, June 24, 2009

Selamat Hari Jadi Pokwe dan Tahniah Sebab Dapat Masuk Politeknik!!!

Haha..















Selamat Hari Jadi Pokwe, moga panjang umur dan di murahkan rezeki. Nampaknya anak Pak Mat lelaki seorang lagi dapat sambung belajar tinggi.

Hari ni lak 24.6.09 hari lahir yang ke....

Belanja lah anak buah pokwe. Ayam goreng ka, satay kak yah labok ka.. apa da..

Tuesday, June 9, 2009

Hari ini 9 Jun memulakan kerja tandak air di bukit..

Hari ni Ayah, Mak, Abg Jamal, Khomaini, Padil, Iwe, Hafiz, Cikda.. ke kebun serai. Matlamat bersih serai dan membuat tandak untuk takungan air kolam ikan dan kegunaan lain.

Nanti boleh berkampung dan siapkan resort serai kita sekeluarga.

Perkembangan selanjutnya tunggu sehingga team pulang nanti petang.

Gambar Cucu Tok Ayah dengan Tok Mok..

Gambar Terkini Cucu Cucu... diambil pada 4.6.09 Majlis Menyambut Menantu ( Ayub dan Ani)















Monday, June 8, 2009

Kenduri Zeru...

Ayah, Abg Jamal, Rausyanfikr, Irfan dan Fahima pergi kenduri Zeru..

Pokwan, Pok Pih, dengan Pakda sedang membina bangsal kecik. Semalam lak Mak dengan Khomaini baru balik dari Kuala Selangor.

Pergh cantik dan menarik cerita dari Kuala Selangor. Semua semangat jadik petani moden.

Semua buat kerja.. berkat usaha sama akan dapat hasil yang baik, InsyaAllah.

Nanti kita meeting.

Sunday, June 7, 2009

Pakdo Fadhil belum balik...

Sekarang jam 1.44 pagi..pakdo Fadhil lom balik lagi..

Mana pegi ni? Jangan ulangi kesilapan sama berkali-kali.
Harapan mak, ayah dan keluarga pada Pakdo besar. Tulang belakang keluarga.

Jadilah anak yang baik buat mak dan ayah.

Jika dipanjangkan umur, kita jadi budak2 hanya sekali, muda remaja juga sekali, tua juga sekali, hidup hanya sekali... buatlah baik selagi Allah bagi kita masa yang sekali itu.

Mok Ma, Cik Atif, Ainul dan Pokmi ke Jerantut...

Cuti sekolah kali ni lagi sekali Mok Ma dan Cik Atif ke Jerantut untuk program anak-anak didiknya di Jerantut pahang.

Selamat!!!

Sili dah balik KL...

Petang tadi sili dan ain dah balik KL... Ain sempat ke KB beli periuk kukus untuk Popo...

Bila akan kembali belum tau. Bonda kami juga ikut sekali sebab ada Majlis menghantar menantu Pak Lah (bapa Aya) besan mak di Kuala Selangor esok.

Mak sempat jugak pergi Majlis Kahwin Zeru anak Poknik Soh (Poknik Soh sepupu ayah)

Ayahanda sibuk menjaga kebun. Semangat sekali nampaknya. Alhamdulillah pokok timun juga dah semakin besar dan subur.















Bulan 12 sekali lagi majlis perkahwinan bakal dilangsungkan. Kali ini semua akan pergi ke Kedah kerana Pokya dah jatuh hati dengan Kak Farah orang Kedah.

Bulan puasa tinggal beberapa bulan jer lagi. Harap aktiviti kita akan berjalan sepertimana di rancang.

Menyusul berita-berita terkini nanti.

Saturday, June 6, 2009

Aktiviti cucu cucu yang tak pernah duduk diam....

Ini dia bakal-bakal pemimpin yang bakal berjuang menentang kezaliman dunia... TAKBIR!!!
















Selamat Hari Jadi Abang Jamal!!!




















Bak kata abang Jamal di hari lahirnya yang ke... ;-


jadikan hari ini sebagai TITIK MASA UTK MELAKUKAN TRANSFORMASI:
1. LEBIH IKHLAS
2. LEBIH TAQWA
3. LEBIH TERSUSUN
4. LEBIH RAJIN
5. LEBIH HASIL
utk NIKMAT sendiri, keluarga dan SEMUA.

jmk
ALLAH HU AKBAR!

Friday, June 5, 2009

Tetamu Majlis Kesyukuran 4.6.09

Majlis kami sederhana, rasa penuh kesyukuran dan kegembiraan yang dirasai oleh semua sanak saudara dan tetamu yang sudi datang, di harap memperoleh keberkatan dan keredhaan Allah.

Kepada pengantin baru moga menempuh cabaran dan dugaan di hari muka dengan penuh sabar dan matang dan peroleh kebahagiaan hingga ke syurga. Ameen.



















































































































































Monday, June 1, 2009

Majlis akad nikah Ayub dan Ani sedang berlangsung.

Jam 8.30 tadi semua orang siap sedia. Antara peserta rombongan kami dari Labok ke Dewan Beta ialah:

  1. Ayah
  2. Mak
  3. Abg Jamal
  4. Sili
  5. Kak Ain
  6. Khomaini
  7. Ayub (Anak Teruna)
  8. Pokya
  9. Fadhil
  10. Hafiz
  11. Ema
  12. Mek Jaki
  13. Abe Mi
  14. Abe Li
  15. Ayah Mat
  16. Cikda
Kanak-kanak yang turut serta memeriahkan majlis:
  1. Rausyanfikr
  2. Irfan
  3. Alisyaa
  4. Aikal
  5. Fahima
  6. Ainul
Semoga perjalanan majlis berjalan lancar.

Berikut antara gambar-gambar majlis akad nikah tersebut:















Selamat HariJadi Mokda dan Selamat Pengantin Baru Ayub dan Ani!!!!

Hari ini tanggal 1 Jun 2009, ada 2 peristiwa penting iaitu hari jadi Cikda dan hari langsungnya perkahwinan Ayub dengan Ani.

So moga Cikda panjang umur murah rezeki dan dipermudahkan jalan-jalan ilmu di masa akan datang, manakala Selamat Pengantin Baru Ayub dan Ani, moga jodoh dan pertemuan ini kekal hingga akhirat...

Namun suka duka sering berlaku, semalam Pakda Fadhil masuk wad sebab kecedaraan mata. Nasib baik semuanya ok, dan hari besar yang ingin disambut seisi keluarga dapat juga berlangsung sepertimana yang diharapkan.

Moga Pakda Fadhil beroleh petunjuk dan hidayah Allah.swt dan dijauhi dari perkara buruk. Ameeen.

Terima kasih dan syukur kami ya Allah di atas segala rezeki dan hidayah mu kepada kami sekeluarga. Jauhi kami dari perkara yang Dikau murkai ya Allah.